Monday, June 29, 2009

'Aku Hipokrit' - dipetik dari blog temanku http://insoft01.blogspot.com

Aku Hipokrit
Posted by Abu Huzaifah at 8:12 PM

Dua wajah“Apa pendapat kau, seorang yang membuka aurat, buka tudung dengan alasan ingin menjadi diri sendiri?” seorang teman melontarkan soalan beberapa hari yang lalu.
“Aku tidak mahu hipokrit dan berpura-pura. Aku mahu jadi diri aku sendiri” suara sesetengah daripada kita.

Kebanyakkanya kaum wanita.
Yang dahulunya memakai tudung bulat atau tiga segi, bebas menayangkan rambut hitam berkilat mereka.
Yang dahulu anggun berbaju kurung, kini selesa dengan t-shirt adik dan seluar jeans.
Yang dulu aktif berpersatuan dan berusrah, kini lebih senang ke pawagam dan beli-belah tingkap(baca : window shopping)

Yang lelaki tidak kurang.
Mungkin tidak terlalu diperkirakan jika yang ditinggalkan adalah perkara-perkara furu’ atau hukumnya sunat. Tetapi jadi masalah jika ia adalah pokok dan hukumnya wajib dan haram.
Isu ini isu yang sangat klasik. Sejak aku masih di bangku sekolah ketika menengah bawah juga hangat isu ini timbul sehinggalah sekarang.

Dahulu, ketika dibangku sekolah, khususnya sekolah asrama tidak kira sekolah agama atau sekular, penerapan nilai-nilai islam begitu gencar dilakukan. Peraturan demi peraturan digubal agar selari dengan lunas-lunas Islam. Etika berpakaian begitu dititik beratkan. Sekolah agama lebih-lebih lagi. Selain semua pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai tudung labuh, yang lelaki wajib bersongkok.

Peraturan lebih dikuatkuasakan oleh para senior. Mahu tidak mahu, wajib taat. Pernah aku dipanggil oleh GPK 1 dan guru disiplin selepas perhimpunan kerana menghukum pelajar tingkatan 1 yang membuka aurat. Sesi bersama senior selepas lampu padam juga sering aku ikut bersama.

Suasana yang lebih bersifat menghukum, itu boleh ini tidak dan bersifat penguatkuasaan telah menyebabkan mereka yang menurutinya hanya sekadar jalan keluar untuk tidak dihukum. Nilai-nilai pendidikan dan tarbiyah tidak dititik beratkan. Kesedaran dalaman dari diri seseorang tidak diambil kira. Yang penting zahirnya taat.

Itu di sekolah. Jika diluar pula mungkin kadang kala kita mendapat teman kamar atau rumah yang kebanyakkan dari lepasan sekolah agama ataupun pelajar jurusan agama. Suasana sekeliling kita membuatkan kita terikut-ikut dengan gaya dan cara mereka. Solat dimasjid, pergi ke kuliah dan sebagainya.

Semua ini menyebabkan seseorang merubah gaya hidup mereka atas faktor-faktor yang datang dari luaran. Sehingga satu ketika mereka keluar dari suasana itu dan masuk ke dalam iklim yang baru yang tiada unsur pemaksaan. Tiada senior, tiada rakan. Ketika itu, timbul “ Aku mahu menjadi diriku”.

Mungkin ini terjadi pada aku,kau dan mereka dan mungkin juga tidak. Sekadar sebuah contoh.
Kita ambil apa yang disebutkan.
“MENJADI DIRI SENDIRI”
Aku ingin bertanya, apa yang dimaksudkan dengan menjadi diri sendiri?

Dalam hadith yang sering kita dengar, setiap bayi dilahrkan dalam keadaan fitrah, bersih ibarat kain putih. Maka jelas disini kita semua, dilahirkan dalam keaddan fitrah. Dan fitrah itu adalah islam dan muslim.
Wajah suci tanpa dosa.

Jika kita lontarkan hadith ini kepada mereka yang mengatakan aku mahu menjadi diri aku sendiri, maka menjadi diri aku adalah kembali kepada fitrah, kembali kepada kesucian, kembali kepada ISLAM.

Lalu mengapa apa yang terjadi adalah sebaliknya? Meninggalkan Islam untuk kembali kepada diri sendiri?
Atupun yang dimaksudkan dengan kembali kepada diri adalah sebenarnya hanya alasan untuk melayan kehendak nafsu dan perut? Yang selama ini tertahankan?
Adakah kembali kepada diri sendiri adalah tindakan mengotori dan menjauhkan diri daripada fitrah asal manusia itu?
Ini adalah sesuatu yang aneh.

“ Tapi bukankah segala amalan itu bermula dengan niat. Jika niat kita tidak ikhlas atau terpaksa, sia-sia sahaja. Kita sebenarnya membohongi diri sendiri” ujar seorang teman.
“Jadi kita tidak perlu solat jika tidak ikhlas?” aku bertanya.

Nah, kita perlu ada ilmu disini untuk membezakan. Fardhu,wajib,sunat,mubah atau haram. Jika ia fardhu dan wajib, kita wajib buat jika tidak berdosa. Jika kita lakukan tanpa keikhlasan minimal kita tidak berdosa kerana meninggalkannya.

Aku ingin memetik kata-kata seorang motivator terkenal Indonesia, Mr Mario Teguh.
“Tetaplah anda dalam kebaikan meskipun terpaksa berpura-pura. Kerana Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan membiarkan anda terus dalam kepura-puraan hingga Dia akan menjadikan anda betulbetul baik”
Ikhlas tidak diwarisi. Tidak dibeli dan tidak mudah dimiliki. Ikhlas adalah anugerah Allah kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencapainya.
Tetaplah berbuat baik walaupun belum ikhlas dan merasa diri hipokrit.

Minimal, anda memberi contoh kebaikan kepada umum. Soal hati antara anda dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyanyang. Mudah-mudahan diberi nikmat keihklasan dengan usaha yang sungguh-sungguh. Menjadi diri sendiri adalah kita kembali kepada fitrah dan Islam. Jujur kepada Allah Yang Maha Esa, jujur kepada diri sendiri.

Tuesday, June 2, 2009

PULAU PINANG!!!! nantikan kehadiranku!!!

tanggal 16 Jun 2009 ini bermula lah satu lagi lembaran hidupku... kali ini
berlatarbelakangkan negeri pulau pinang....
spesifiknye di bandar Georgetown...
nak spesifik lagie kat Mahkamah Majistret Georgetown....

uish!!! padatnye pulau nie... ade ke lagi tempat untuk aku di sana???


Jambatan nie panjang mane ek??? nampak cam pendek jer....


makkk aiii... panjang betol rupenye..... alkisah....






jadi... pulau pinang, nantikan lah aku... kan ku terokai seluruh pelusuknye...

kepada sahabat2 yang tak sempat nak jumpa... jaga diri bebaik kay...
doakan kesejahteraanku di sana... mudah2an dipertemukan lagi...

kepada keluarga... kirimkan doa setiap hari... semoga pemergianku ini
diberkati dan sentiasa dilindungi Allah...

Monday, May 18, 2009

home sweet home...

inilah gambar ruangan dalam apartmentku di putrajaya... ruangan yang menemani hidupku bersama ketenangan dan kedamaian selepas seharian berkerja...








nampak kosong je sebab tak banyak perabot... tapi kira oklah... adat rumah bujang huhu...







langsir & karpet tue beli kat nilai 3... tawar punye tawar punye tawar dapatlah harga yang dihajati...

p/s tips nak dapat harga murah, pegila waktu lepas hujan... mat-mat bangla kat sana mesti redha je dengan harga yang kita mintak hehe





hiasan-hiasan nie pun dibeli di Nilai 3... murah giler... cun plak tuh :)









ruang santapan yang simple ala-ala jepun gitue hehe... Banzaiii !!!










hemh nak masak ape dinner malam nie ye???





so.. jemputlah datang ke rumah :)

Friday, May 15, 2009

Upin & Ipin jadian... hehe








sama tak diorang???




anak sapelah nie kan... dok layan2 internet terjumpa plak dua org budak comel nie... tapi muka diorang cam tak heppy je... haa nie mesti keje mak bapak diorang lah nie... mak bapak yang suke tgk kartun tue anak2 yang jadi mangsa huhu...

p/s kalau mak bapak nye suke cite wolverine tue ntah cemane lah plak diorang tranform anak diorang ek hehe...

X-MEN ORIGINS - WOLVERINE

*** 12.00 am - GSC Alamanda ***
mengisahkan macam mane si wolverine nie dari zaman kecik sampailah besar...
cemane datangnye name wolverine tue... cemane dia bleh terlibat dalam X-men dan banyak lagik...
Cerite nie memang best giler... gi lah tengok... pandai la org tue olah sejarah ujudnya si kuku besi nie... kalau tak caye gi lah tengok sendiri... hoho
so bleh la diberi 9 dari 10 bintang hehe...

Tuesday, May 5, 2009

tak bleh chat lagi??? eee tak bestnye...


bermula minggu nie ruang chat kat blog nie dah tak bleh nak berfungsi seperti biasa lagi... beberapa laman web yang biasanye bleh menghiburkan hati pun dah disekat penggunaannya... hish sape la punye keje nie... sape lagi kalau bukan IT Unit kat office nie...

kesimpulannye... sesiapa nak tinggalkan msg kat ruang chat tue (mcm abe slalu tinggalkn msg mengkritik tue hehe) kenela beralih ke ruang 'comment' plak... huhu
dengki tol lah diorang nie... itulah sumber hiburan kita bila dah tensyen2 keje nie... yang penting keje jalan... sabar je lah... benci, benci, benci!!!

Monday, April 27, 2009

cik gigi! cik gigi! ape nak buat kalau sakit gigi???

argkh sakitnya gigi... tak tahannn... tolonglah...

jumpa doktor gigi??? hah suruhlah jumpa sesiapa saje kat dunia nie asalkan bukannye doktor gigi... FOBIA jumpa doktor gigi nie sampai sekarang tak dapat nak atasi lagi huhu... jgn gelak kay, im serious...

kenapa tak nak jumpa doktor gigi??? jawapannya:

1 - tak tahan dengan bau sarung tangan getah doktor tue yang busuk giler... rase nak muntah je tiap kali doktor tue masukkan tangan dia dalam mulut kite... uwekkk

2 - dulu mase sekolah rendah pernah cabut gigi. im shocked when i saw alat bius yang digunakan cukup berlainan dengan yang doktor lain guna... biasakan plastik je kan tapi kali nie BESI!!! adoiiii... yang lebih menyedihkan doktor tue terus cucuk tanpa bertanya dahulu kita nie dah sedia ke belum huhu benci tol doktor tue...

3 - nyilu giler bila dengar bunyi gerudi waktu doktor tampal gigi tu... macam ade org tebang pokok dalam mulut kita je... eee tak suke tak suke...

rasenye last time jumpa doktor gigi mase matric uia dulu kot... tu pun sebab tepaksa... so siapa yang saya jumpa kalau sakit gigi??? tentulah nenek saya haha... dia pandai merawat sakit gigi cara tradisional dengan menggunakan TUKUL BESI dan PAKU hehe...




TERKEJUT???




Haha jangan la panik... dalam teknik nie gambar gigi kita akan dilukis atas kertas dan gigi yang sakit tue akan ditanda.. kemudian nenek akan bacakan doa dan pakukan ke dinding gambar tadi... believe it or not teknik tue memang berkesan... dulu masa minta nenek rawat sakit nie waktu pagi, alhamdulillah dengan izin Allah sakit tue hilang serta merta menjelang waktu petang... hebat tak?

teknik nie takde kaitan dengan jin atau makhluk halus kay... hanya bersenjatakan doa sahaja dan berlandaskan syariat islam.. perkara nie juga dimaklumkan oleh seorang teman rapat yang katanya ayahnya juga mengamalkan cara perubatan islam ini... sama sahaja, doa yang digunakan bersama tukul besi dan paku... katanya ayahnya dh rujuk kitab tentang hal nie...

tapi sekarang nenek saya dah uzur... taknak la susahkan dia lagi... hemh sekarang duk pikir lagi ape nak buat... malam pun asik terjaga je sebab sakit... kene cari penyelesaian nih... tolonglah pikirkan ye asalkan JANGAN SURUH SAYA JUMPA DOKTOR GIGI!!!!