Monday, December 21, 2009

AVATAR

*** 10.00 pm - GSC Queens Bay ***
Belum pernah aku kekaguman dari minit pertama hinggalah ke minit terakhir tayangan… Avatar … Sebuah lagi filem hebat arahan James Cameron … sebuah filem yang sangat hebat hingga meyakinkan aku untuk bagi rate 10/10 dengan tambahan 5 bintang… my advice to all of u… pegilah tengok citer nie…
Kenapa kagum??? Haa ni nak haba’ mai sikit naa… jalan cerita filem nie sangat menarik dan langsung tak membosankan.. effect CGi die phuh cantik giler… melihat keadaan alam sekitar hutan belantaranye pun dah bleh membuatkan kita mengeluarkan perkataan ‘waaaahhh!!!’… tapi tak setandinglah ciptaan Allah… Subhanallah…

Untuk yang belum tengok… ginilah aku story sikit… Avatar mengisahkan Jake Sully (Sam Worthington), bekas tentera yang lumpuh akibat peperangan, dipilih menyertai program Avatar yang menjanjikannya peluang untuk berjalan kembali.



Cerite nie mengisahkan pengembaraan dan penerokaan ke atas sebuah planet yang dinamakan Pandora (planet lah kot), sebuah planet yang dilitupi hutan yang penuh dengan makhluk unik dan menakutkan.

Misi manusia nie yang diorang panggil sky people tu sebenarnye nak mencari mineral berharga yang ade kat bawah pokok suci kumpulan primitive Pandora tu iaitu Na'vi (makhluk setinggi tiga meter, mempunyai ekor dan berkulit biru). So diciptakanlah Avatar iaitu kacukan genetik kumpulan primitive Pandora tu yang dikenali sebagai Avatar. Avatar dikawal oleh tubuh manusia melalui teknologi yang menyambungkan fikiran pemilik terus kepada avatarnya


Si Jake ni pulak yang pada mulanya ditugaskan untuk menyelidik dan mempelajari segala rahsia alam Pandora nie terserempak lah pulak ngan si Neytiri (Zoë Saldana), anak ketua puak Na'vi.akhirnye sempat pulak diorang menyulam cinta huhu…

Tugas asal untuk mencari mineral berharga di Pandora bagaimanapun tergendala apabila Jake mendapati dirinya berada di dalam situasi untuk membuat pilihan sama ada mengkhianati pihak atasannya atau membongkarkan rahsia Pandora akan menyebabkan puak Na'vi musnah dan kehilangan warisan dan sumber kehidupan mereka.





Ahh cukuplah tue.. korang gi lah tengok sendiri kay… percayalah… berbaloi-baloi…


1 comment:

Am-e-Kun said...

wah2..memang berbaloi pn cter ni..
tgk 2 kali pn x puas