Monday, April 20, 2009

AKU SEDIH... HAMPA... KECEWA...

Ya benar, saat ini hatiku rasa sayu sekali... perasaan bercampur baur dengan kesedihan, kehampaan dan kekecewaan. Kadang-kadang terasa gagal mengawal nafsu bila perasaan marah pula datang membuak-buak. kenapa... kenapa...

tiga hari tak bukak email... tup-tup hari nie saya dikejutkan dengan berita yang paling menakutkan dalam sejarah pergerakan tarbiyah islamiah di bumi STJ (Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar), sekolah ku yang tercinta. "TERKUBURNYA USRAH DI BUMI STJ!!!"

terimbau kembali saat-saat di sekolah dahulu... walaupun bukan sekolah agama tapi tarbiyah yang ditanamkan oleh guru-guru agama serta abang2 dan kakak2 nuqaba menjadikan terbinanya biah islamiah di bumi stj... kalau setiap kali selepas STJ menang apa-apa pertandingan, bukan sorakan yang kedengaran namun laungan "Takbir!!! Allahuakbar!!!" Tersentak sesiapa sahaja yang ada disekeliling sampaikan ada yang berbisik "Sekolah agama mana tue???" Memang benar... perkara yang sering diungkapkan sewaktu usrah dahulu, kami bercita-cita menjadikan SMSTJ kepada Sek. Men. Sains AGAMA Tuanku Jaafar... Ustazah Maznah tak putus2 mengerah tenaga menjayakan program agama di STJ. silih berganti... Ustazah Zawiyah pula mengambil alih membentuk jati diri kami disana... berganti pula dengan Ustazah Shikin dengan caranya yang tersendiri...

Terus terang saya katakan, saya tak pernah masuk mana-mana sekolah agama... STJ lah yang membentuk jati diri saya seperti sekarang... malah di sekolah rendah dulu sayalah yang menjadi assist. ketua budak nakal sekolah... pernah jadi pengawas tapi dipecat sebab tarik kerusi budak pompuan, jadi ketua kelas pun dipecat sebab pukul budak dengan duster, buli dan semuanya jadi makanan saya... sampaikan saya sedari bertapa jahatnya saya bila kawan sekolah rendah saya yang juga masuk ke STJ (Yukhaimi) bagitau "ko tau tak daus, masa sekolah duu ko lah orang yang paling aku tak suka sekali" haha tapi sekarang kami la kawan baik... rasanya kalau balik kampung mesti kitorang jumpa.. Pokoknya di sini, dengan izin Allah STJ lah yang mengubah hidup saya.

kalau dulu LKPI (Lembaga Kepimpinan Pelajar Islam) gah berdiri di sekolah bersama-sama LKP (Lembaga Kepimpinan Pelajar) membantu sekolah membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Sampaikan timbul konsep Amir LKPI bertindak sebagai penasihat agama kepada Ketua Murid Agung. haha ala-ala mcm penasihat agama kepada perdana menteri la kot... tapi tiada gerakan agama yang sepi tanpa cabaran, dugaan dan iri hati pihak2 yang merasa tidak senang dengannya... Kuasa dan kredibiliti LKPI mula dipertikai dan diperkecilkan... hanya dengan alasan tidak mahu ada pertindihan kuasa... nama LKPI mula diubah menjadi BKPI (Badan Kepimpinan Pelajar Islam) kemudiannya PPI (Persatuan Pelajar Islam). dari LEMBAGA beralih ke BADAN dan akhirnya hanya PERSATUAN. sekarang ia dikenali pula BADAR tapi yang sedihnya saya dimaklumkan bahawa ia bukan lagi pertubuhan pimpinan pelajar sebaliknya bertindak seperti persatuan-persatuan yang lain sahaja...

Atas dasar rasa kasih dan sayang pada STJ, SG (SmartGroup) telah ditubuhkan oleh bekas2 pelajar yang mersakan perlunya sistem usrah diteruskan disekolah. hadirnya kami hanya untuk membantu dari segi tenaga dan cuba menyumbang ilmu yang diharapkan dapat menjadi manfaat kepada adik-adik kami disana... bermula dari tahun 2003, SG sudah menjangkau 6 tahun... pelbagai rintangan dihadapi dari usia penubuhannya sehinggalah kini... Alhamdulillah berkat usaha kawan2 semuanya dapat diatasi dengan baik...

Selepas program Kem Nuqaba' yang lalu kami semua merasakan adanya sinar baru terbit dari bumi STJ apabila kehadiran kami dialu-alukan lagi oleh pihak sekolah bagi mengisi ruang-ruang manfaat untuk kebaikan adik-adik di sana... semangat yang pudar menjadi cerah kembali... namun berita terkuburnya program usrah ini membuatkan kami semua tersentak kebingungan... apakah semua yang diungkapkan dahulu hanya lakonan???

kepiluan ini dirasai oleh semua warga STJ... benar kata adik junior saya dalam blognya http://raudhatulnadwah.blogspot.com/ Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan di akhirnya ia akan dagang kembali.. Teringat pula petikan lagu yang sama ertinya dengan ungkapan tersebut, "Islam yatim tika datang juga yatim tika kembali..." Kalau dulu biah islamiah di STJ cukup malap... namun ia menjadi terang benderang sekitar tahun 1997 ke atas... kini nampaknya ia malap kembali...

Bagai merintih di dalam hati sambil mencari apakah puncanya... bisik2 mendengar pengurusan sekolah sedang berusaha sedaya-upaya menjadikan STJ gedung kecemerlangan akademik... di manakah rasionalnya sampaikan membubarkan usrah dijadikan langkah untuk meningkatkan pestasi akademik plajar... terlalu banyak sangatkah masa pelajar habis untuk usrah??? adakah usrah yang membuatkan prestasi pelajar menurun???? sila lah jawab wahai pihak2 yang terlibat...

Saya bersyukur membaca respon2 yang diberikan oleh sahabat2 saya dalam yahoogroup kami... kesemuanya bangkit memikirkan penyelesaian... sama2lah kita usahakan agar apa yang telah tertegak sekian lama dahulu tidak diruntuhkan sewenang-wenangnya... doakanlah usaha kami diberkati Allah...

Ya Allah, Kau mengetahui segala sebab dan akibat terjadinya setiap sesuatu... tunjukkanlah kami hikmah disebalik ujian ini... amin...

13 comments:

Anonymous said...

SubhanALLAH!

Insoft said...

SMSTJ memerlukan pendekatan baru dalam program pembangunan pelajar . Selain usrah, we should create another programe melalui aktiviti koko. Boleh lihat http://kelabremajas ukses.blogspot. com/ yang sedang dibangunkan di Maahad Ahmadi. At least we should try to do something from another perspective. Cikgu percaya adik-adik SMSTJ merupakan students yang kreatif dan memiliki kekuatan IQ, EQ dan SQ yang tinggi! Moga Allah memberi kekuatan kepada kita membantu agamaNya. Salam ukhuwah, salam sukses.

Komen cikgu mohd...daus,nanti aku kol ko..

firdaus said...

segalanya akan jadi mudah kalau kita ada org di dalam yang boleh jadi tangan dan kaki kita di sana... sekarang kita tak tahu nak bergantung pada sapa... tunggu kak zai je la jadi cg kat stj senang skit nanti :)

Anonymous said...

salam. nk tnye, pengetua STJ skrg Puan Hajah Norizan ke?

firdaus said...

yup puan hajah norizan...

Anonymous said...

seriuos xtpu..
sdeyh gle..
xdpt bayangkan kalo usrah di stj dimansuhkan..
atau lbh truk BADAR dibubarkan..
mntk dijauhkan...
adik2 kat stj snanye ternanti2 kdtgn abg2 n akak2 ke skola..
::mcm sy dlu gak::
tp sbb pntadbiran..
hurm, xmo komen lbih2 la..huhuh
btol ckp abg firdaus..even ms zmn sy pon..
slalu gak ktorg kate stj bakal mnjd sekolah menengah sains agama tuanku jaafar...
tapi.....

Anonymous said...

mknanya, keputusan utk menguburkan usrah tu atas arahan puan hjh norizan? hmm.. mcm pelik.. sbb setahu ana sblm ni die jd pengetua SMAP Labu or SMKA Pedas (x sure yg mn 1) lepas tu SMK Serting. so, die mst dh bese dgn program2 islamik ni.. ms di SMK Serting pun, die yg buat liqa muslimat setiap hr jumaat..

firdaus said...

sebelum tu boleh saya tahu siapa empunya diri di atas? emm berbalik kepada persoalan tadi, teori nye memang begitu namun hakikatnya cukup berbeza. Tak elok pulak kalau saya nak cerita lebih2 kat sini.. Takut kalau ada yang tersalah kata nanti menimbulkan fitnah la pulak.

Anonymous said...

cukupla sekadar ana mengatakan ana pnah jd student hjh norizan selama 5 thun.. hjh mmg seorg yg hebat dlm melaksanakn perancangan utk memantapkan kcemerlangn akademk pelajar. namun, ana akui kata2 nta bhwa hakikatnya berbeza. pnah jgak berlaku masa di skolah dlu yang mana mksud tersirat disebalik tindakkannya lbih kurg dgn apa yg berlaku di STJ ni.disebabkan karenah birokrasi pihak2 atasan.x pe la,ana doakn smuanya kembali sperti apa yg kte semua harapkan..

Anonymous said...

Boleh tau tak kat mana Ustazah Maznah sekarang?? TQ. Salam.

firdaus said...

kalau takde yang berubah ustazah masih di kg jawa. mengajar kat sana... tapi takde plak contact no dia.. maaf...

Anonymous said...

Kg Jawa tu kat mane?? Johor ke? Ustazah masih mengajar lg? Bila kali terakhir jumpa??

firdaus said...

kg jawa kat klang... lama dah tak jumpa... tpi dengarnya masih di situ...