Ya benar, saat ini hatiku rasa sayu sekali... perasaan bercampur baur dengan kesedihan, kehampaan dan kekecewaan. Kadang-kadang terasa gagal mengawal nafsu bila perasaan marah pula datang membuak-buak. kenapa... kenapa...
tiga hari tak bukak email... tup-tup hari nie saya dikejutkan dengan berita yang paling menakutkan dalam sejarah pergerakan tarbiyah islamiah di bumi STJ (Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar), sekolah ku yang tercinta. "TERKUBURNYA USRAH DI BUMI STJ!!!"
terimbau kembali saat-saat di sekolah dahulu... walaupun bukan sekolah agama tapi tarbiyah yang ditanamkan oleh guru-guru agama serta abang2 dan kakak2 nuqaba menjadikan terbinanya biah islamiah di bumi stj... kalau setiap kali selepas STJ menang apa-apa pertandingan, bukan sorakan yang kedengaran namun laungan
"Takbir!!! Allahuakbar!!!" Tersentak sesiapa sahaja yang ada disekeliling sampaikan ada yang berbisik "Sekolah agama mana tue???" Memang benar... perkara yang sering diungkapkan sewaktu usrah dahulu, kami bercita-cita menjadikan SMSTJ kepada Sek. Men. Sains AGAMA Tuanku Jaafar... Ustazah Maznah tak putus2 mengerah tenaga menjayakan program agama di STJ. silih berganti... Ustazah Zawiyah pula mengambil alih membentuk jati diri kami disana... berganti pula dengan Ustazah Shikin dengan caranya yang tersendiri...
Terus terang saya katakan, saya tak pernah masuk mana-mana sekolah agama... STJ lah yang membentuk jati diri saya seperti sekarang... malah di sekolah rendah dulu sayalah yang menjadi assist. ketua budak nakal sekolah... pernah jadi pengawas tapi dipecat sebab tarik kerusi budak pompuan, jadi ketua kelas pun dipecat sebab pukul budak dengan duster, buli dan semuanya jadi makanan saya... sampaikan saya sedari bertapa jahatnya saya bila kawan sekolah rendah saya yang juga masuk ke STJ (Yukhaimi) bagitau "ko tau tak daus, masa sekolah duu ko lah orang yang paling aku tak suka sekali" haha tapi sekarang kami la kawan baik... rasanya kalau balik kampung mesti kitorang jumpa.. Pokoknya di sini, dengan izin Allah STJ lah yang mengubah hidup saya.
kalau dulu LKPI (Lembaga Kepimpinan Pelajar Islam) gah berdiri di sekolah bersama-sama LKP (Lembaga Kepimpinan Pelajar) membantu sekolah membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Sampaikan timbul konsep
Amir LKPI bertindak sebagai penasihat agama kepada Ketua Murid Agung. haha ala-ala mcm penasihat agama kepada perdana menteri la kot... tapi tiada gerakan agama yang sepi tanpa cabaran, dugaan dan iri hati pihak2 yang merasa tidak senang dengannya... Kuasa dan kredibiliti LKPI mula dipertikai dan diperkecilkan... hanya dengan alasan tidak mahu ada pertindihan kuasa... nama LKPI mula diubah menjadi BKPI (Badan Kepimpinan Pelajar Islam) kemudiannya PPI (Persatuan Pelajar Islam). dari LEMBAGA beralih ke BADAN dan akhirnya hanya PERSATUAN. sekarang ia dikenali pula BADAR tapi yang sedihnya saya dimaklumkan bahawa ia bukan lagi pertubuhan pimpinan pelajar sebaliknya bertindak seperti persatuan-persatuan yang lain sahaja...
Atas dasar rasa kasih dan sayang pada STJ, SG (SmartGroup) telah ditubuhkan oleh bekas2 pelajar yang mersakan perlunya sistem usrah diteruskan disekolah. hadirnya kami hanya untuk membantu dari segi tenaga dan cuba menyumbang ilmu yang diharapkan dapat menjadi manfaat kepada adik-adik kami disana... bermula dari tahun 2003, SG sudah menjangkau 6 tahun... pelbagai rintangan dihadapi dari usia penubuhannya sehinggalah kini... Alhamdulillah berkat usaha kawan2 semuanya dapat diatasi dengan baik...
Selepas program Kem Nuqaba' yang lalu kami semua merasakan adanya sinar baru terbit dari bumi STJ apabila kehadiran kami dialu-alukan lagi oleh pihak sekolah bagi mengisi ruang-ruang manfaat untuk kebaikan adik-adik di sana... semangat yang pudar menjadi cerah kembali... namun berita terkuburnya program usrah ini membuatkan kami semua tersentak kebingungan... apakah semua yang diungkapkan dahulu hanya lakonan???
kepiluan ini dirasai oleh semua warga STJ... benar kata adik junior saya dalam blognya
http://raudhatulnadwah.blogspot.com/ Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan di akhirnya ia akan dagang kembali.. Teringat pula petikan lagu yang sama ertinya dengan ungkapan tersebut, "
Islam yatim tika datang juga yatim tika kembali..." Kalau dulu biah islamiah di STJ cukup malap... namun ia menjadi terang benderang sekitar tahun 1997 ke atas... kini nampaknya ia malap kembali...
Bagai merintih di dalam hati sambil mencari apakah puncanya... bisik2 mendengar pengurusan sekolah sedang berusaha sedaya-upaya menjadikan STJ gedung kecemerlangan akademik... di manakah rasionalnya sampaikan membubarkan usrah dijadikan langkah untuk meningkatkan pestasi akademik plajar... terlalu banyak sangatkah masa pelajar habis untuk usrah??? adakah usrah yang membuatkan prestasi pelajar menurun???? sila lah jawab wahai pihak2 yang terlibat...
Saya bersyukur membaca respon2 yang diberikan oleh sahabat2 saya dalam yahoogroup kami... kesemuanya bangkit memikirkan penyelesaian... sama2lah kita usahakan agar apa yang telah tertegak sekian lama dahulu tidak diruntuhkan sewenang-wenangnya... doakanlah usaha kami diberkati Allah...
Ya Allah, Kau mengetahui segala sebab dan akibat terjadinya setiap sesuatu... tunjukkanlah kami hikmah disebalik ujian ini... amin...